Enggang badak
Enggang badak

Enggang badak

Burung Enggang Badak (Jawi: ‏اڠݢڠ بادق‎‎) (Bahasa Inggeris: Rhinoceros Hornbill) ialah salah satu daripada burung-burung enggang terbesar di dunia, yang mana burung dewasa boleh mencecah panjang 110-127 cm (43-50 inci) dan berat 2-3 kg (4.4-6.6 paun). Ia hanya terdapat di dalam hutan hujan tropika dari dataran rendah sehingga ke kawasan pergunungan tidak melebihi 1300 m dari paras laut.[1]Nama saintifiknya ialah Buceros rhinoceros. [2] Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [3] Ia juga pernah direkodkan oleh Alfred Russel Wallace di Sarawak pada tahun 1855, semasa lawatan beliau ke pulau Borneo.[4]. Di Sarawak, spesies ini dikenali sebagai Kenyalang.[5] Ia merupakan burung rasmi negeri Sarawak.[6] Bagi sesetengah penduduk Dayak Iban, burung Enggang Badak atau Kenyalang mewakili Dewa Perang mereka, iaitu Sengalang Burong yang merupakan jelmaan Helang Merah.

Rujukan

WikiPedia: Enggang badak http://books.google.com.my/books?id=gKfkbf9fPUYC&p... http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/201... http://datazone.birdlife.org/species/factsheet/rhi... http://www.boldsystems.org/index.php/TaxBrowser_Ta... http://www.freesound.org/samplesViewSingle.php?id=... http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=102... http://wallace-online.org/content/record?itemID=NH... http://zoobank.org/NomenclaturalActs/B4AAE9DE-3418... http://www.bbc.co.uk/programmes/b05w9l70 https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s...